Kerjaya Sulaiman Mahbob

Sulaiman pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2006 hingga tahun 2009 lalu. Semasa Krisis Kewangan Asia 1997, beliau telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Selain daripada itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada tahun 1995 lalu.

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah diasaskan oleh beliau dan pernah dilantik sebagai Presiden IIM pada tahun 2004 lalu.[2]

Pada tahun 2015, Sulaiman telah dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Berhad bagi menggantikan Dato' Sri Dr. Halim Shafie yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).[3] Beliau telah meletakkan jawatan tersebut pada tahun 2018 dan digantikan oleh Rosli Man.[4]

Beliau juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang pertama dari tahun 2004 hingga tahun 2005 lalu.